Cari @ Amanz

Rockstar sebelum ini telah memperlihatkan beberapa video trailer untuk permainan Grand Theft Auto 5 yang akan datang, dan hari ini, mereka secara rasminya mengeluarkan video gameplay pertama untuk permainan berkenaan.

Seperti semua sedia maklum, permainan GTA V terbaru ini kelak akan membawakan tiga watak protagonis, dinamakan sebagai Michael, Franklin dan juga Trevor.

Permainan GTA V ini dijangka akan hadir pada 17 September kelak untuk para pemain PlayStation 3 dan juga Xbox 360.

Bagi kami, daripada video yang dikongsikan pihak Rockstar, ia memperlihatkan bentuk permainan yang menarik. Namun, memandangkan kami telah sedia memainkan beberapa versi permainan ini pada platform PC sebelum ini, semestinya sedang menantikan bilakah pihak Rockstar akan mengumumkannya secara rasmi untuk pengguna PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd