Sebuah Peranti Berasaskan BlackBerry OS 7 Bakal Hadir Pada Tahun Ini?

Sebuah Peranti Berasaskan BlackBerry OS 7 Bakal Hadir Pada Tahun Ini?

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

BlackBerry telah memperkenalkan platform operasi terbaru mereka, dinamakan sebagai BlackBerry 10 pada awal tahun ini, dan kini dilaporkan, mereka masih akan kekal hadir dengan satu peranti berasaskan BlackBerry 7 pada tahun ini.

Sekiranya perkara ini benar, kami tidak begitu pasti dengan perancangan pihak BlackBerry, dimana ingin memfokuskan kepada dua platform, sekaligus akan menyukarkan pengguna untuk membuat pilihan.

Pihak BlackBerry sendiri telah memperkenalkan peranti BlackBerry Q5 mereka pada harga rendah, berbanding dengan BlackBerry Q10 dan juga Z10. Dengan ura-ura berkaitan BlackBerry A10 yang akan hadir pada penghujung tahun, ia sekaligus akan membuatkan harga Z10 berkurangan, dan seperti tiada gunanya untuk pihak BlackBerry hadir dengan peranti berasaskan BlackBerry OS 7.

BlackBerry 9720

Namun, kesahihan penuh berkaitan dengan peranti BlackBerry OS 7 ini masih kami tidak ketahui, apatah lagi dengan gambar yang tertiris memperlihatkan penggunaan pelekat yang masih menggunakan nama lama – Research In Motion.

Jadi, apa kata anda? Adakah pihak BlackBerry perlu mengekalkan BlackBerry OS 7, ataupun terus memfokuskan kepada BlackBerry 10?


TIPS & ULASAN