Nokia Mengumumkan HERE Drive+ Untuk Semua Pengguna Windows Phone 8

Nokia Mengumumkan HERE Drive+ Untuk Semua Pengguna Windows Phone 8

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Nokia terus memperlihatkan komitmen mereka untuk platform Windows Phone 8, dimana hari ini, mereka mengumumkan akan memperkenalkan HERE Drive+ untuk semua peranti Windows Phone 8, dan bukan khusus untuk Lumia sahaja seperti sebelum ini.

Seperti semua sedia maklum, HERE Drive+ boleh dikatakan salah satu aplikasi navigasi terbaik pada platform Windows Phone, membuatkan pengguna peranti selain keluaran Nokia, inginkannya. Namun, untuk pengguna peranti Lumia, aplikasi berkenaan ditawarkan secara percuma, sebaliknya pengguna peranti Windows Phone 8 keluaran syarikat lain perlu membayar EUR 34.99 untuknya.

Ia boleh dikatakan sebagai salah satu langkah bijak daripada Nokia, dimana menawarkan aplikasi khusus mereka kepada lebih ramai pengguna, disamping menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Aplikasi ini dijangka akan ditawarkan melalui Windows Phone Store dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN