Yahoo! Membawakan Integrasi Dropbox Ke Aplikasi Android Yahoo! Mail

Yahoo! Membawakan Integrasi Dropbox Ke Aplikasi Android Yahoo! Mail

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Yahoo! MailPihak Yahoo!, walaupun membawakan sokongan storan sehingga 1TB pada Flickr, namun untuk sokongan attachment pada emel, had storan masih sedikit. Untuk mengatasinya, mereka sedia menawarkan sokongan integrasi Dropbox kepada pengguna Yahoo! Mail.

Hari ini, Yahoo! turut mengumumkan yang mana mereka akan turut membawakan sokongan integrasi tersebut kepada aplikasi Yahoo! Mail untuk Android, sekaligus memudahkan pengguna untuk menghantar dan menerima fail yang tersimpan pada Dropbox.

Boleh dikatakan kebanyakkan pengguna pada hari ini sedia menyimpan dokumen-dokumen penting pada Dropbox, dan ini sekaligus akan memudahkan mereka berkongsi sesebuah fail tanpa mengira saiz dengan mudah. Apatah lagi, perkara ini juga membolehkan penyuntingan dokumen dilakukan walaupun setelah sesuatu emel berkenaan dengannya dihantar, sekaligus mengurangkan keperluan untuk anda menghantar kembali emel baru apabila melakukan perubahan.

Daripada percubaan kami ketika menulis artikel ini, kemaskini terbaru aplikasi Yahoo! Mail masih belum diterbitkan lagi. Apa pun, pengguna boleh memuat-turun aplikasi Yahoo! Mail daripada Google Play Store, dan ia akan dikemaskini kepada versi baru sebaik sahaja ia diterbitkan.

Muat-Turun Yahoo! Mail untuk Android


TIPS & ULASAN