Google Hangouts telah pun mula digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia dari hari ke hari untuk tujuan permesejan dan juga panggilan video. Terkini, gergasi dari Amerika Syarikat tersebut turut menambah sokongan panggilan suara melaluinya.
Seperti pada panggilan video, pengguna boleh membuat panggilan suara dikalangan rakan-rakan mereka dengan mudah, disamping turut menggunakannya pada versi peranti mudah-alih mereka.
Apa yang menariknya pada fungsi ini adalah dimana ia turut membolehkan pengguna membuat panggilan suara ke nombor telefon seluruh dunia. Seperti kebanyakkan perkhidmatan, ia mengenakan caj yang rendah, tetapi menawarkan panggilan percuma ke sebarang nombor telefon di Amerika Syarikat dan Kanada.
Daripada apa yang kami lihat untuk panggilan ke nombor telefon Malaysia, Google Hangouts mengenakan caj sebanyak 2¢ (~RM0.06) seminit untuk talian tetap, dan 4¢ (~RM0.12) seminit untuk talian mudah-alih.
Fungsi panggilan suara ini bakal diperkenalkan secara berperingkat dalam beberapa hari akan datang kepada semua pengguna seluruh dunia.
Buat masa ini, fungsi ini hanya ditawarkan untuk pengguna melalui GMail, Google+ dan juga Chrome Extension. Daripada apa yang dilihat, ia tidak mustahil untuk pihak Google memperkenalkan sokongan ini kepada aplikasi Google Hangouts mereka, sekaligus membawakan ia setapak ke hadapan lagi.