Google Membawakan Sokongan Notifikasi Untuk Chrome Pada Windows

Google Membawakan Sokongan Notifikasi Untuk Chrome Pada Windows

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Notifikasi Pada ChromePada Google Chrome Beta sebelum ini, pihak Google telah memperkenalkan sokongan notifikasi untuk aplikasi dan juga extension Chrome. Kini, setelah beberapa minggu, mereka melancarkannya secara rasmi untuk para pengguna Windows, dan mengatakan akan hadir kepada Linux dan Mac OS X.

Notifikasi boleh dikatakan telah menjadi salah satu kaedah mudah untuk pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa di sekitar mereka. Dengan notifikasi pada Chrome, pengguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa di sekitar mereka, terutamanya pada aplikasi yang dipasang pada pelayar web mereka dengan lebih mudah.

Dari segi penggunaan, sebaik sahaja anda mengemaskini pelayar web Chrome untuk Windows, ia akan menambah sebuah ikon pada taskbar untuk melihat notifikasi daripada aplikasi Chrome termasuk perkhidmatan Google seperti GMail dan juga Google Drive.

Seperti biasa, apabila terdapat sebarang kemaskini, ia akan memaparkan sebuah notifikasi, membolehkan pengguna melihat perkara baru terus daripada desktop serta-merta.

Apa yang menarik minat kami adalah Google cuba mengekalkan rekaan mereka, dimana ia turut membawakan rekaan berkonsepkan kepada Cards yang sedia digunakan pada Google Now.

Dengan sokongan notifikasi juga mungkin ia memberikan petanda yang mana sokongan Google Now mungkin akan hadir ke desktop, sekaligus memudahkan pengguna membuat carian pelbagai perkara, selain mengikuti kemaskini disekitar mereka dengan mudah.

Apa pun, bagi pengguna Windows, anda boleh mengemaskini pelayar web Chrome anda dan menikmati fungsi baru yang dibawakan oleh Google.


TIPS & ULASAN