Cari @ Amanz

FourSquareWalaupun telefon pintar semakin meluas digunakan, pada masa yang sama, di negara-negara membangun, tidak ketinggalan peranti seperti Nokia Asha dan S40 turut mendapat perhatian, apatah lagi dengan jangka masa bertahan bateri yang dibawakan olehnya.

Perkara ini sekaligus membuatkan beberapa aplikasi telah pun dilancarkan untuk platform tersebut, dan terkini pihak FourSquare turut sama memperkenalkan aplikasi mereka kepada pengguna Asha dan juga Nokia S40.

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak FourSquare turut berkongsi mengenai aplikasi FourSquare yang akan didatangkan terbina pada peranti Asha baru dalam beberapa bulan lagi.

FourSquare Asha

FourSquare boleh dikatakan agak kurang kerap digunakan pengguna akhir-akhir ini, membuatkan pihak FourSquare hadir dengan beberapa kaedah baru dalam menarik pengguna menggunakannya. Salah satu fungsi baru yang diumumkan adalah termasuk sokongan check-in lokasi untuk rakan-rakan, serta pengenalan pada Windows 8.

Dengan pengenalan pada platform Asha dan S40, ia sekaligus bukan sahaja menguntungkan pihak FourSquare dari segi penggunaan, tetapi turut sama menguntungkan dari segi angka pengguna baru yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Apatah lagi, dengan ia didatangkan terbina pada peranti baru kelak, tidak memerlukan pengguna untuk memuat-turun seperti kebanyakkan aplikasi lain.

Jadi, bolehkah pihak FourSquare menarik balik pengguna melalui pengenalan pada feature phone?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd