Peranti LG Optimus G2 Tertiris – Diperlihatkan Dalam Gambar Dan Video

Peranti LG Optimus G2 Tertiris – Diperlihatkan Dalam Gambar Dan Video

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Ketirisan dalam dunia gajet bukanlah sesuatu yang baru, dan terkini, peranti LG Optimus G2 yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi diperlihatkan dalam bentuk gambar yang lebih jelas, disamping turut menyertakan sebuah video khas memperlihatkan ia secara ringkas.

LG Optimus G2

Seperti beberapa gambar yang telah diperlihatkan sebelum ini, ia membawakan rekaan dengan bahagian tepi kerangka yang nipis berbanding kebanyakkan peranti lain. Pada masa yang sama, pihak LG dilihat membawakan butang fizikal khas dibawah kamera, menjadikan peranti ini kelihatan sedikit berbeza dengan beberapa peranti lain di pasaran.

LG Optimus G2

Mengikut beberapa informasi yang tertiris sebelum ini, peranti ini dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p, disamping turut menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.

Dengan gambar dan video yang tertiris ini, mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat dan info berkaitan dengannya dalam masa terdekat, sebelum pengumumannya pada bulan Ogos kelak.

Jadi, apakah pandangan anda berkenaan dengan LG Optimus G2 ini?


TIPS & ULASAN