Harga Galaxy S4 Mini Dan Galaxy Tab 3 (7.0) Diperlihatkan Hong Leong Bank

Harga Galaxy S4 Mini Dan Galaxy Tab 3 (7.0) Diperlihatkan Hong Leong Bank

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Samsung Galaxy S4 Mini dan juga tablet Galaxy Tab 3 bersaiz 7-inci telah diumumkan oleh Samsung sebelum ini. Walaupun ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan di Malaysia, tetapi, daripada promosi yang dipertontonkan pihak Hong Leong Bank, ia menunjukkan harga jualan saranan untuk kedua-dua peranti tersebut.

Daripada apa yang ditunjukkan, Galaxy S4 Mini berharga RM1499, manakala Galaxy Tab 3 (7.0) pula dilabelkan dengan harga RM1099.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S4 Mini membawakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, kamera belakang 8-megapixel, memori 1.5GB RAM, dan bateri berkapasiti 1900mAh. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean dengan antaramuka TouchWiz.

Samsung Galaxy Tab 3 (7-inci) pula dilengkapi dengan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel dan bateri berkapasiti 4,000 mAh.

HongLeong Samsung

Jadi, apa kata anda dengan harga jualan ini?


TIPS & ULASAN