HTC Blinkfeed telah diperkenalkan bersama-sama HTC Sense 5 pada peranti HTC One, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dari kedua-dua perkhidmatan ini terus melalui skrin utama pengguna.
Seperti semua sedia maklum, Instagram telah sedia popular di seluruh dunia, manakala aplikasi WeChat pula mula popular di rantau ini akhir-akhir ini.
Walaupun kami sedia ketahui yang mana untuk Instagram, gambar akan diperlihatkan untuk para pengguna, tetapi kami masih tidak pasti sepenuhnya berkenaan dengan bagaimana integrasi WeChat berfungsi pada HTC Blinkfeed.