Cari @ Amanz

HTC Sense 5 telah pun diperkenalkan bersama-sama dengan HTC One pada awal tahun ini, dan kini dengan penggunaan Android 4.2.2 Jelly Bean, pihak HTC turut menyertakan beberapa penambahan baru pada antaramuka mereka.

HTC Sense Baru

Daripada apa yang dikongsikan, pihak HTC menambah pelbagai kandungan pada BlinkFeed, termasuk integrasi Instagram dan WeChat, serta kandungan yang dioptimasikan untuk pasaran global dan juga tempatan.

Untuk HTC Zoe pula, pihak HTC memberikan perhatian kepada fail video dan gambar yang dihasilkannya, sekaligus hadir dengan pengurusan fail Zoe yang baru. Mereka turut menambah lebih 12 tema untuk highlights video.

HTC Video Highlights

Fungsi-fungsi asas lain pada Android 4.2.2 seperti widget pada bahagian lock screen dan juga menu yang ditambah-baik turut disertakan bersama-sama dengannya.

Untuk makluman, HTC Sense baru ini sedia hadir dengan HTC Butterfly S yang diumumkan oleh pihak HTC baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd