DOTA 2 Akan Hadir Ke Platform Mac Dan Linux

DOTA 2 Akan Hadir Ke Platform Mac Dan Linux

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Dota 2 BetaDOTA boleh dikatakan salah satu permainan popular daripada Valve, dan selepas pelbagai ujian dilakukan untuk DOTA 2, kini ia telah pun secara rasminya hadir dalam bentuk versi akhir untuk para pengguna Windows.

Perkara ini membolehkan mereka yang berminat memainkan DOTA 2 pada komputer Windows mereka, tanpa perlu menunggu kod jemputan seperti sebelum ini.

Selain daripada itu, salah satu perkara menarik yang dikongsikan oleh Valve adalah dimana mereka sedang menguji DOTA 2 untuk Mac dan Linux, dan ia dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pelancaran untuk Linux telah dispekulasikan sejak beberapa bulan yang lepas, dimana dengan fokus Valve pada Steam untuk Linux dan memperkenalkan beberapa permainan mereka melaluinya. Kini, dengan pengumuman rasmi ini, semestinya ia akan mengembirakan para pengguna Linux dan juga Mac.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh rasmi disediakan oleh pihak Valve untuk pelancaran pada Linux dan juga Mac untuk permainan DOTA 2 ini.


TIPS & ULASAN