Google Maps Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Navigation Untuk Malaysia

Google Maps Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Navigation Untuk Malaysia

Diterbitkan pada July 10, 2013 oleh .

Sokongan Navigation pada Google Maps sebelum ini hanya terhad untuk beberapa buah negara sahaja, dan hari ini, pihak Google secara rasminya turut memperkenalkan sokongan tersebut dalam bentuk beta untuk pengguna tempatan.

Google Maps Navigation (Beta) adalah sokongan navigasi berasaskan GPS daripada Google, dimana selain memaparkan arah perjalanan, ia turut disertakan dengan bantuan suara.

Menggunakannya, selain daripada mencari arah perjalanan terbaik ke sesuatu destinasi, pengguna juga boleh membuat carian untuk sesuatu kedai atau syarikat menggunakannya.

Google Maps Navigation

Google Maps Navigation ini boleh digunakan oleh para pengguna Android 2.2 dan terkini, dan boleh memuat-turun Google Maps untuk Android daripada Play Store hari ini.

Muat-Turun Google Maps untuk Android


TIPS & ULASAN