Cari @ Amanz

Instagram sehingga kini hanya memfokuskan kepada aplikasi mereka pada peranti mudah-alih, disamping menawarkan akses gambar dan video yang dikongsikan pada Instagram melalui web rasmi. Kini, mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sokongan embed gambar dan video.

Instagram Embed

Melaluinya, pengguna dengan mudah boleh berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan mereka ke Instagram, dan seterusnya sertakan ia pada laman blog atau web masing-masing. Untuk mendapatkan idea, fungsi ini berfungsi seperti pada YouTube, dimana pengguna hanya perlu menyalin kod khas, dan menyertakannya pada web mereka.

Seperti biasa, sokongan ini hanya untuk gambar-gambar yang dilabelkan sebagai awam sahaja, dan pengguna boleh melihat butang khas untuk menyalin kod apabila mengakses sesuatu URL Instagram melalui web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd