Aplikasi Google Maps Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Aplikasi Google Maps Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada July 11, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Google Maps Navigation untuk Malaysia, pihak Google juga turut sama mula memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Google Maps mereka untuk pengguna Android dan juga iOS.

Melaluinya, ia menyertakan antaramuka serba-baru, seperti mana diperlihatkan pada Google I/O pada bulan Mei lepas.

Google Maps Tablet

Selain daripada antaramuka baru, Google Maps juga kini menyertakan sokongan untuk Explore sesuatu lokasi dengan mudah, dan menemui pelbagai tempat menarik serta membaca ulasan pengguna terus melaluinya.

Sokongan Offline Maps untuk Android kelihatan telah dibuang oleh Google, dan mengantikannya untuk akses secara offline dengan memasukkan kata kunci OK Maps pada kotak carian, dan mengaksesnya pada masa akan datang dengan mudah.

Aplikasi Google Maps boleh dikatakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai, dan kini dengan integrasi Navigation, serta kemaskini baru ini, ia sekaligus akan membuatkan pengguna lebih menyukainya berbanding sebelum ini.

Google Maps juga kini turut hadir dengan aplikasi khas untuk tablet Android dan iPad, memudahkan anda menggunakannya bukan sahaja pada telefon pintar, tetapi turut sama pada tablet anda.

Muat-Turun Google Maps untuk Android

Muat-Turun Google Maps untuk iOS


TIPS & ULASAN