Perkhidmatan UniFi Akan Diperkenalkan Di Kelantan Menjelang Penghujung Tahun

Perkhidmatan UniFi Akan Diperkenalkan Di Kelantan Menjelang Penghujung Tahun

Diterbitkan pada July 11, 2013 oleh .

Perkhidmatan UniFi masih lagi sedang diperkenalkan secara berperingkat ke pelbagai kawasan seluruh Malaysia, dan kini ia dikongsikan, dimana pengguna Kelantan akan menerimanya menjelang penghujung tahun ini.

Telekom Malaysia

UniFi telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia pada tahun 2010 yang lepas, dan sehingga kini, ia telah diperkenalkan di kebanyakkan bandar utama seluruh negara. Maklumbalas daripada perkhidmatan UniFi juga kelihatan positif setakat ini, apatah lagi dengan penawaran internet berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna membuat pelbagai tugasan dengan pantas. Mengikut angka terakhir yang dikongsikan pada bulan Mac lepas, terdapat lebih 520,000 pelanggan berdaftar untuk UniFi di seluruh negara.

Di Kelantan, buat masa ini, hanya perkhidmatan Streamyx sahaja yang ditawarkan, dan menjelang penghujung tahun ini, beberapa lokasi utama dijangka akan menerima sokongan UniFi.


TIPS & ULASAN