LG Melancarkan Telefon Pintar Optimus G Pro Secara Rasmi Di Malaysia

LG Melancarkan Telefon Pintar Optimus G Pro Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada July 11, 2013 oleh .

Pada hari ini, LG Malaysia telah mengumumkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka, LG Optimus G Pro secara rasmi untuk pasaran tempatan, sekaligus membawa peranti bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh serta dilengkapi dengan sokongan LTE ke pasaran tempatan.

LG-Optimus-G-Pro

LG Optimus G Pro beroperasi menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean dan mempunyai cip pemprosesan empat-teras Qualcomm Snapdragon 1.7Ghz. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD Penuh (1920×1080 pixel), yang membawakan kepadatan pixel sebanyak 400PPI. Selain itu, bagi mereka yang menetap di kawasan yang diliputi dengan rangkaian LTE, mungkin boleh dikatakan LG Optimus G Pro ini adalah peranti berspesifikasi tinggi pada harga yang agak rendah berbanding lain. Telefon pintar ini dijual pada harga RM1888.

LG-pocket-photo

Bersama-sama dengan pengumuman ini LG Malaysia turut mengumumkan Pocket Photo yang mana merupakan pencetak mudah-alih daripada mereka. Pencetak ini mampu mencetak satu gambar dalam masa 45 saat. Untuk mencetak, pengguna boleh menggunakan aplikasi khas yang didatangkan untuk Pocket Photo ini, ataupun menghubungkan telefon mereka ke pencetak ini melalui sokongan NFC. LG Pocket Photo ini berharga RM399 di pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN