Carian
Desas-Desus Mengenai BlackBerry A10 Kedengaran Kembali
July 11, 2013 Aman

BlackBerry pada tahun ini mula memfokuskan kepada platform BlackBerry 10 mereka, dan salah satu peranti yang diura-ura akan diperkenalkan pada penghujung tahun kelak adalah BlackBerry A10 – peranti berkuasa tinggi daripada pihak BlackBerry.

BlackBerry A10 dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, serta didatangkan dengan cip pemprosesan dwi-teras. Ia berbeza dengan apa yang kedengaran sebelum ini, dimana dikatakan akan menyertakan cip empat-teras. Mengikut apa yang dilaporkan, pihak BlackBerry dikatakan menghadapi sedikit masalah dalam mengoptimasikan penggunaan bateri apabila menggunakan cip empat-teras.

Buat masa ini, peranti BlackBerry Z10 sedia ada turut didatangkan dengan cip dwi-teras, dan ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang lengah masa seperti beberapa platform lain.

Peranti ini dijangka akan diperkenalkan sekitar penghujung tahun 2013 ini kelak. Selain daripada peranti BlackBerry A10, satu lagi peranti yang dikatakan akan hadir pada penghujung tahun ini adalah BlackBerry 9720 yang berasaskan BlackBerry OS 7.

Komen