Microsoft Hadir Dengan Saluran Video Khas Memfokuskan Tutorial Dan Info

Diterbitkan pada July 11, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

SparkedTVMicrosoft sedia mempunyai beberapa saluran video berasaskan internet mereka, dan salah satu yang terbaru adalah SparkedTV, menawarkan pelbagai kandungan berkaitan produk mereka melaluinya.

SparkedTV disediakan melalui YouTube, membolehkan pengguna mengikuti beberapa perkara, termasuk tutorial, ulasan, berita dan juga idea menarik melaluinya. Ia ditawarkan dalam kandungan berbahasa Inggeris buat masa ini.

Buat masa ini, pada saluran tersebut telah pun tersedia dengan beberapa video ulasan dan juga tutorial, termasuk mengenai Surface, Windows 8, dan juga Windows Phone 8. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak kandungan ditambah padanya dari hari ke hari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami