Cari @ Amanz

Acer Iconia W3Pihak Acer telah memperlihatkan Acer Iconia W3 pada Computex yang lepas, dan hari ini, ia secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Acer Iconia W3 membawakan skrin bersaiz 8.1-inci dengan paparan LCD 1280×800 pixel, dijana menggunakan Intel Atom Z2760, serta menjalankan sistem operasi Windows 8 sepenuhnya. Tablet ini turut didatangkan dengan sokongan papan kekunci berasaskan Bluetooth, membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada tablet Iconia W3, dan menggunakannya untuk menaip dan sebagainya. Sebuah ruangan khas turut didatangkan pada papan kekunci ini, membolehkan pengguna meletakkannya pada bahagian belakang, dan membawanya dengan lebih mudah.

Acer Iconia W3

Tablet berasaskan Windows 8 dan bersaiz 8-inci ini adalah pertama di dunia dalam kelasnya. Untuk pasaran tempatan, akan ditawarkan dalam dua variasi, iaitu dengan storan 32GB dan juga 64GB. Namun, sokongan papan kekunci Bluetooth hanya hadir untuk versi 64GB sahaja dan dijual sebagai aksesori berasingan. Harga tablet Iconia W3 akan dijual pada harga bermula RM1199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd