Cari @ Amanz

Selain Acer Iconia W3, Acer Malaysia pada hari ini juga turut mengumumkan dua model komputer terbaru mereka iaitu komputer All-in-One Acer Aspire Z3, dan juga kemaskini kepada Ultrabook mereka – Aspire S7.

IMG_0793

Acer Aspire Z3 merupakan komputer semua-dalam-satu daripada pihak Acer, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 23-inci dengan sokongan sentuh. Salah satu kelebihan pada skrin ini adalah dimana ia didatangkan dengan paparan HD penuh, membuatkan paparan gambar pada komputer Aspire Z3 ini lebih jelas dan cantik berbanding kebanyakkan komputer AIO yang lain.

Pada masa yang sama, Aspire Z3 turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i3, memori sebanyak 4GB RAM, serta didatangkan dengan ruangan storan terbina 1TB. Sebuah kamera 1-megapixel turut disertakan pada bahagian hadapan, membolehkan pengguna membuat panggilan video dan sebagainya. Untuk tujuan audio pula, pihak Acer dilihat melengkapkan komputer AIO iini dengan sokongan speaker Harman Kardon.

IMG_0790

Selain pengenalan komputer AIO, pihak Acer juga turut mengemaskini komputer Ultrabook mereka – Aspire S7 dengan beberapa spesifikasi baru, termasuk penggunaan cip Intel Haswell. Dengan penggunaan Intel Haswell, ia membawakan sokongan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya, disamping menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Acer Aspire Z3 dijual pada harga RM2699 untuk pasaran tempatan, manakala untuk Acer Aspire S7 (versi Haswell), ia dijangka akan memasuki pasaran tempatan menjelang pertengahan Ogos kelak. Harga jualannya tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd