Cari @ Amanz

Dalam beberapa jam lagi, pihak Nokia akan mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, dan kini seperti biasa, beberapa gambar baru tertiris ke web, memperlihatkan dengan lebih jelas lagi akan peranti berkenaan.

Lumia 1020

Seperti semua sedia maklum, Lumia EOS ataupun Lumia 1020 ini dilengkapi dengan kamera 41-megapixel, sekaligus membawakan sokongan kamera yang amat baik pada peranti Windows Phone keluaran Nokia berkenaan.

Mengikut ura-ura awal, telefon pintar ini dikatakan akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci AMOLED, dijana menggunakan cip dwi-teras Snapdragon, dan dilengkapi bateri berkapasiti 2000mAh.

Untuk bahagian kamera pula, ia dikatakan akan dilengkapi dengan sokongan Xenon Flash, serta lensa F/2.2. Nokia turut dijangka akan menyertakan sokongan OIS, selain aplikasi Pro Camera pada peranti berkenaan.

Lumia 1020

Daripada apa yang dilihat, ia mungkin menjadi salah satu peranti pilihan untuk mereka yang sentiasa merakamkan pelbagai gambar dan video, mungkin Lumia 1020 ini akan menjadi pilihan mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Nokia dalam beberapa jam lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd