Cari @ Amanz

Setelah beberapa info dan gambar tertiris sebelum ini, pihak Nokia hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka – Lumia 1020 yang didatangkan dengan sokongan kamera 41-megapixel.

Telefon pintar yang beroperasi menggunakan Windows Phone 8 ini menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci AMOLED PureMotion dengan paparan resolusi 1280×768 pixel, dijana menggunakan cip dwi-teras Qualcoom 1.5GHz, selain turut mempunyai sokongan NFC dan juga 4G-lTE.

Dengan fokus pada kamera, Lumia 1020 turut menyertakan kamera 41-megapixel pada bahagian belakang, dimana dilengkapi dengan sokongan Xenon Flash, sokongan penstabilan imej optikal (OIS), serta beberapa aplikasi khas untuknya. Pihak Nokia turut memperkenalkan sokongan SDK untuk para pembangun mengambil kelebihan kamera pada peranti ini pada aplikasi mereka. Telefon yang mempunyai sensor pengimejan yang besar ini juga mempunyai kapasiti storan 32GB terbina.

Nokia-Lumia-1020-with-Nokia-Pro-Camera

Nokia-Lumia-1020-with-Camera-Grip

Antara aksesori yang diperkenalkan untuk peranti Lumia 1020 ini adalah termasuk Wireless Charging Shell yang membolehkan pengecasan peranti dibuat tanpa wayar dan juga Nokia Camera Grip yang turut membolehkan Lumia 1020 digunakan bersama-sama tripod kamera.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar Lumia 1020 ini akan memasuki pasaran tempatan. Namun, mungkin pengenalan peranti ini akan membuatkan ramai peminat Nokia yang menantikan Lumia 925, kini beralih kepada Lumia 1020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd