Path, Vine Dan Flipboard Akan Hadir Ke Windows Phone 8

Path, Vine Dan Flipboard Akan Hadir Ke Windows Phone 8

Diterbitkan pada July 12, 2013 oleh .

Selain pengumuman berkaitan dengan telefon pintar Lumia 1020 oleh Nokia, ia juga dikongsikan mengenai beberapa aplikasi popular yang akan hadir ke platform Windows Phone 8, termasuk Vine, Path dan Flipboard.

Vine seperti semua sedia maklum adalah projek daripada Twitter, membolehkan pengguna merakamkan video selama 6-saat dan berkongsi dengan yang lain. Ia buat masa ini telah tersedia untuk platform iOS dan juga Android, dan kini nampaknya akan hadir ke platform Windows Phone 8.

Selain daripada Vine, salah satu aplikasi popular yang lain adalah Flipboard. Flipboard sebelum ini telah mengumumkan sokongan untuk Windows 8, dan kini nampaknya aplikasi popular untuk mengikuti bahan bacaan tersebut juga akan hadir ke Windows Phone 8.

Dan akhir sekali, Path yang menawarkan sokongan perkhidmatan sosial, akan turut hadir ke platform Windows Phone 8.


TIPS & ULASAN