Microsoft Menstruktur Kembali Organisasi Dengan Fokus Pada Servis Dan Peranti

Microsoft Menstruktur Kembali Organisasi Dengan Fokus Pada Servis Dan Peranti

Diterbitkan pada July 12, 2013 oleh .

MicrosoftMicrosoft hari ini berkongsi mengenai perancangan mereka untuk menstruktur kembali syarikat mereka, dengan fokus utama pada visi peranti dan perkhidmatan daripada mereka.

Daripada apa yang dilihat, Microsoft memfokuskan kepada “Satu Microsoft” melalui penstrukturan kembali ini, membolehkan pelbagai bahagian dalam syarikat bekerjasama dalam membangunkan produk, tanpa perlu melalui proses yang pelbagai seperti sebelumnya.

Microsoft pada hari ini mempunyai pelbagai bahagian, termasuk Windows, Windows Phone, Skype, Office, Xbox dan banyak lagi. Mungkin dengan perubahan ini, kita akan dapat melihat setiap produk diintegrasikan antara satu sama lain dengan lebih menyeluruh, sekaligus mempercepatkan lagi penambah-baikkan dan pengeluaran produk Microsoft.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Microsoft turut berkongsi mengenai perubahan ketua bahagian dan beberapa yang lain.


TIPS & ULASAN