Platform Windows Phone sebelum ini disokong selama 18 bulan oleh pihak Microsoft, tetapi kini nampaknya, pihak Microsoft menambah lebih jangka hayat untuknya, dan mengumumkan akan disokong selama 36 bulan.
Seperti biasa, ia akan dilengkapi dengan sokongan kemaskini sekuriti, disamping turut menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengan setiap kemaskini. Sokongan ini akan dimulakan dengan Windows Phone 8 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.
Selain daripada itu, pihak Microsoft juga turut berkongsi mengatakan mereka akan hadir dengan fungsi-fungsi memfokuskan pengguna perusahaan pada awal tahun hadapan.
Pengumuman ini mungkin mengembirakan ramai pengguna. Walaupun pada hari ini ramai yang jarang menggunakan telefon pintar yang sama sehingga 3 tahun, namun kebanyakkan kontrak syarikat telekomunikasi hadir dengan masa sehingga 2 tahun. Disamping itu, bukan semua peranti dilancarkan di Malaysia pada masa yang sama dengan pengumuman peranti, dan menjadikan sokongan sehingga tiga tahun ini adalah salah satu tempoh yang menarik untuk para pengguna seluruh dunia.