LINE Kini Menawarkan Sticker Raya Untuk Pengguna Aplikasi Permesejan Mereka

LINE Kini Menawarkan Sticker Raya Untuk Pengguna Aplikasi Permesejan Mereka

Diterbitkan pada July 12, 2013 oleh .

LINE sebelum ini sedia memperkenalkan sticker Upin dan Ipin untuk pengguna perkhidmatan permesejan mereka, dan kini untuk pengguna tempatan, mereka turut sama menawarkan sticker khas bersempena dengan Raya yang akan diraikan dalam masa lebih kurang sebulan lagi.

LINE - Raya Ramadhan

Untuknya, pihak LINE menyediakan sebanyak lapan sticker pilihan, dimana dua ikon utama LINE, Brown dan Cony digunakan dalam beberapa aksi berbeza bersempena dengan Raya Aidilfitri.

Buat masa ini, pelekat ini hanya khusus untuk pengguna tempatan, dimana memerlukan mereka untuk mengikuti akaun LINE Event pada perkhidmatan permesejan tersebut, dan memuat-turun sticker khas ini secara percuma melaluinya. Sticker ini ditawarkan secara percuma sehingga 9 September 2013 kelak.


TIPS & ULASAN