Microsoft Bakal Menyatukan Platform Aplikasi Windows?

Microsoft Bakal Menyatukan Platform Aplikasi Windows?

Diterbitkan pada July 12, 2013 oleh .

Pihak Ubuntu sebelum ini telah hadir dengan mempromosikan satu aplikasi untuk pelbagai saiz peranti, dan kini kelihatan Microsoft turut sama akan mengikut jejak dalam hadir dengan satu platform untuk Windows 8 dan juga Windows Phone 8.

Perkara ini telah dijangka ramai sejak Windows 8 diumumkan sebelum ini, namun ia masih belum menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

Mengikut slaid khas yang memperlihatkan tahun kewangan 2014 untuk Microsoft, salah satu perkara yang diperlihatkan adalah ikon “Common App Platorm with Windows”. Seperti biasa, ia tidak memberikan idea keseluruhan mengenai apakah yang dimaksudkan olehnya.

Microsoft - FY14

Namun, sekiranya ia adalah seperti apa yang dispekulasikan ramai, maka mungkin pada masa hadapan, kita akan dapat menggunakan aplikasi Windows 8 pada telefon Windows Phone, dan juga sebaliknya.

Perkara ini mungkin akan memudahkan lagi pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka pada pelbagai platform, apatah lagi dengan ura-ura berkenaan phablet Windows Phone 8 serta tablet bersaiz sekitar 8-inci menjalankan Windows 8 yang hadir – sekaligus menjadikan perbezaan saiz peranti antara platform adalah kecil berbanding sebelumnya.


TIPS & ULASAN