MyTeksi Memperluaskan Perkhidmatan Ke Johor

MyTeksi Memperluaskan Perkhidmatan Ke Johor

Diterbitkan pada July 12, 2013 oleh .

Selepas TaxiMonger mengumumkan perluasan perkhidmatan tempahan teksi melalui telefon pintar mereka ke Johor, kini MyTeksi turut sama mengikut jejak, dan memperkenalkan perkhidmatan mereka ke Johor. Untuk menjayakan pelancaran mereka di Johor, pihak MyTeksi dilihat bekerjasama dengan Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) dan juga Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ).

MyTeksi Johor

Menurut MyTeksi, kini mereka mempunyai lebih 2000 teksi berdaftar sekitar Lembah Klang, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya dan juga Negeri Sembilan. Dengan fokus di Johor dan terutamanya di Iskandar Malaysia, mungkin kita akan dapat melihat MyTeksi menerima perhatian dikalangan pengguna di sana dalam memudahkan mereka bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan pantas.

Untuk makluman, MyTeksi merupakan aplikasi tempahan teksi yang kini ditawarkan untuk iPhone, iPad dan juga Android. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan teksi serta membolehkan pengguna berkongsi lokasi mereka dengan keluarga untuk membolehkan mereka mengetahui lokasi pengguna pada masa-nyata.


TIPS & ULASAN