Cari @ Amanz

IFTT (If This Then That) merupakan salah satu perkhidmatan popular di web, membolehkan para pengguna membuat beberapa tugasan secara automatik, sekaligus memudahkan pengurusan akaun digital anda. Kini, aplikasi rasmi untuk iPhone turut dilancarkan oleh pembangunnya.

IFTT iPhone

Melalui IFTT, pengguna boleh melakukan beberapa perkara, termasuk seperti apabila anda berkongsi ke Twitter, ia secara automatik menghantar ke Facebook, dan beberapa yang lain. Anda boleh membuat tugasan automatik menggunakan IFTT melibatkan pelbagai perkhidmatan, termasuk Facebook, Twitter, Google Drive, Dropbox, dan beberapa yang lain lagi.

Bagi pengguna iPhone, mereka boleh mengintegrasikan sokongan web pada peranti mereka, termasuk memuat-naik gambar apabila membuat rakaman, dan pelbagai perkara lain yang menarik lagi.

Ia masih tidak diketahui bilakah versi Android aplikasi ini akan hadir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd