Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan kemaskini aplikasi Vine dengan beberapa fungsi baru untuk pengguna iOS pada minggu lepas, kini pihak Vine turut sama hadir dengan kemaskini aplikasi mereka untuk pengguna Android.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia membawakan lebih 15 saluran khas, memudahkan pengguna untuk menambah kandungan mereka, ataupun melihat kandungan yang dihasilkan pengguna lain. Pada masa yang sama, pihak Vine turut hadir dengan sokongan “Revining”, memudahkan pengguna untuk berkongsi sesuatu video yang menarik bersama-sama rakan yang lain.

Untuk pengguna Android juga, pihak Vine hadir dengan sebuah widget rakaman khas, membolehkan pengguna terus memulakan rakaman tanpa perlu melalui skrin seperti biasa sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd