Motorola pada tahun ini dijangka akan hadir dengan telefon pintar Moto X yang dinantikan ramai, dan kini beberapa gambar dilihat, menunjukkan Eric Schmidt dari Google menggunakan salah satu peranti misteri dengan logo Motorola.
Memandangkan peranti yang digunakan oleh Eric Schmidt ini tidak pernah dilihat sebelum ini, maka ramai membuat spekulasi ia berkemungkinan telefon Moto X yang bakal diumumkan oleh Motorola yang kini dibawah Google.
Daripada gambar yang kelihatan, ia memperlihatkan rekabentuk bahagian belakang yang membawakan penggunaan seperti fiber. Ia juga kelihatan agak kemas berbanding beberapa telefon pintar lain di pasaran pada hari ini.
Apa pun, mungkinkah ia adalah peranti Moto X yang dinantikan ramai?