Cari @ Amanz

HTC One 4.2Bagi para pengguna peranti HTC One di Malaysia, kini pihak HTC telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.2.2 mereka untuk peranti berkenaan, sekaligus membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Melalui Android 4.2.2, seperti semua sedia maklum, ia menyertakan sokongan panel tetapan pada bahagian notifikasi, selain turut menyokong widget pada lockscreen. Pengguna juga kini boleh melihat peratusan bateri pada bar status, selain mana pihak HTC turut menyertakan beberapa penambah-baikkan pada bahagian kamera.

HTC Blinkfeed turut ditambah dengan sokongan kandungan baru, disamping HTC Zoe yang menggunakan format fail yang baru untuk pengurusan fail yang lebih baik.

Pengguna HTC One boleh mengemaskini peranti mereka dengan mengakses ke halaman tetapan, dan kemudian ke About > Software Updates. Mungkin anda boleh menghubungkan ke WiFi, memandangkan saiz kemaskininya sekitar 400MB+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd