Cari @ Amanz

Dengan kemunculan Twitter sejak tahun 2006 telah merevolusikan banyak perkara, antaranya perkhidmatan peringkasan URL / alamat laman web. Oleh kerana Twitter hanya mampu memuatkan 140 aksara, pada mulanya ianya agak sukar untuk memasukkan alamat laman web yang panjang.

Seperti contoh alamat URL ini: http://amanz.my/2012/11/menggunakan-analogi-dalam-menerangkan-sesuatu-teknologi/ sudah mengambil 80 aksara. Namun begitu dengan penggunaan peringkasan URL yang terbina pada twitter sekarang, ia hanya mengambil 22 aksara sahaja dan perkara ini sangat menjimatkan. Sekiranya anda sedar sekarang ini terdapat banyak perkhidmatan peringkasan URL.

Apa itu URL yang diringkaskan?

Sekiranya anda pengguna Twitter yang tegar anda sudah pasti biasa dengan alamat seperti t.co, goo.gl, 4sq.com, tl.gd dan juga bit.ly. Khidmat peringkasan URL ini membolehkan anda meringkaskan URL disamping memudahkan anda untuk berkongsi kepada rakan-rakan. Bayangkan sekiranya anda terpaksa menulis alamat laman web yang panjang didalam material promosi, sudah tentu ia menjadi masalah.

Sebagai bandingan, lihat contoh URL penuh dibawah dan juga contoh yang telah disingkatkan.

  1. What D Tech Episod 5 = http://bit.ly/WDTech-5 (URL asal: http://www.youtube.com/watch?v=RZ9Spn_tsQQ)
  2. Peraturan Peniaga Online = http://bit.ly/peniagaonline (URL asal: http://amanz.my/2013/06/peraturan-peniaga-dalam-talian-berkuat-kuasa-bermula-esok-1-julai/ )
  3. Sertai CatMoji Penguji Beta = http://bit.ly/catmoji-amanz (URL asal: http://catmoji.com/join/amanz/ )

Jadi anda juga dapat lihat dengan jelas dimana URL yang pendek juga boleh diubah namanya dan lebih elok URL sebegitu diletakkan pada kain rentang promosi anda malahan gambar promosi yang anda sebarkan online.

Kenapa ia menyenangkan pengguna?

Sekiranya anda merupakan golongan yang menjual produk di Facebook dan di Blogspot, anda boleh bayangkan bagaimana mahu berkongsi produk anda dengan orang lain. URL Facebook untuk gambar biasanya ( https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151104201316379&set=a.10150647756571379.391617.158792911378&type=1&theater ). Dan ia bukan sesuatu perkara yang menyenangkan pengguna.

Bayangkan sekiranya anda sedang memberi ceramah atau mahu meletakkan alamat URL anda di poster anda, alamat yang bagaimanakah senang diingat oleh bakal pelanggan? Sekiranya anda meletakkan http://kedaibaju.com/product/tudung-mawi (sekadar nama rekaan) sudah pasti memakan ruang dan menyusahkan bakal pelanggan. Sebaliknya, sekiranya anda menyebut http://bit.ly/tudung-mawi sudah tentu senang diingat pelanggan.

Servis peringkasan URL pilihan utama?

Bagi penulis, saya memilih Bit.ly kerana kebolehannya untuk meletakkan nama khusus. Seperti contoh diatas, saya telah meletakkan ‘bit.ly/peniagaonline’ dan sekiranya saya memberikan ceramah berkaitan bisnes online, mudah untuk saya menyebut alamat URL tersebut. Selain dari itu, bit.ly juga membolehkan pengguna melihat statistik asas URL yang telah diringkaskan.

Info and Stats1

Berdasarkan gambarajah diatas, sebanyak 205 klik telah diperoleh melalui URL yang telah diringkaskan. Ini sekaligus memudahkan saya untuk menganalisa kempen yang telah saya lakukan. Untuk anda sebagai peniaga, bayangkan sekiranya anda mengetahui jumlah klik untuk pautan yang dilakukan anda (sebagai contoh) ‘bit.ly/tudung-neelofa’ atau ‘bit.ly/tudung-tizzqyah’, sudah pasti anda tahu tudung mana yang lebih popular.

Adakah anda juga menggunakan Bit.ly seperti kami, atau menggunakan khidmat peringkasan URL yang lain? Kongsikan bersama kami :)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd