WhatsApp Untuk Windows Phone Dikemaskini

Diterbitkan pada July 13, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah sekian lama, hari ini pembangun aplikasi permesejan terkemuka – WhatsApp telah pun memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna Windows Phone, sekaligus menyertakan pelbagai fungsi baru untuk pengguna Windows Phone.

Melaluinya, antara fungsi baru yang disertakan adalah termasuk sokongan smileys baru, , kebolehan membuat panggilan suara melalui aplikasi, paparan gambar yang lebih besar, serta beberapa sokongan baru yang lain.

Disamping itu, WhatsApp juga kini mempunyai masa resume yang lebih pantas, boleh dikatakan sama seperti pada Android.

Bagi pengguna Windows Phone 7.x dan juga Windows Phone 8, anda boleh memuat-turunnya dari Windows Phone Store hari ini, dan menikmati pelbagai fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami