Permainan Angry Birds Baru Akan Hadir Awal Minggu Hadapan

Permainan Angry Birds Baru Akan Hadir Awal Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 13, 2013 oleh .

Nampaknya pihak Rovio masih meneruskan legasi Angry Birds, dimana terkini mereka hadir dengan sebuah gambar promosi, mengatakan akan memperkenalkan permainan Angry Birds baru mereka pada 15 Julai 2013 ini.

Angry Birds - 15 Julai

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia tidak memberikan idea yang banyak mengenai permainan berkenaan, selain mengatakan ia mungkin adalah sambungan permainan Angry Birds Star Wars mereka sebelum ini.

Mengikut Rovio, mereka mengatakan ia akan menyertakan kumpulan watak yang terbesar, disamping kuasa yang menarik. Permainan ini juga dikatakan akan menyertakan beberapa kejutan bersama-sama dengannya.

Ia masih tidak diketahui sama ada permainan Angry Birds ini masih mempunyai penyokongnya lagi ataupun sebaliknya. Apapun, sama-sama kita nantikan tarikh 15 Julai kelak untuk melihat apakah yang akan dibawakan oleh mereka.


TIPS & ULASAN