Cari @ Amanz

Pihak BlackBerry dijangka akan memperkenalkan salah satu peranti utama mereka dijana menggunakan BlackBerry 10 – iaitu BlackBerry A10, dan kini sebuah gambar tertiris ke web memperlihatkan rekabentuk telefon pintar yang turut dikenali dengan nama kod “Aristo”.

Blackberry Aristo A1

Daripada desas-desus awal, ia dikatakan peranti ini akan menyertakan cip pemprosesan dwi-teras, selain turut hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p. Dari segi rekabentuk, ia kelihatan seperti BlackBerry Z10 yang terdapat di pasaran hari ini, dan menyertakan beberapa perubahan, termasuk bahagian tepi yang sedikit membulat.

Peranti ini turut dikatakan akan membawakan rekaan kerangka belakang yang menyerupai BlackBerry Q10 yang telah diperkenalkan sebelum ini. Dari segi sistem operasi pula, BlackBerry A10 ini bakal dijana menggunakan sistem operasi terbaru BlackBerry 10.2 yang akan membawakan beberapa perubahan bersama-sama dengannya.

BlackBerry A10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd