Peranti BlackBerry A10 Dipertontonkan Dalam Video Ringkas

Peranti BlackBerry A10 Dipertontonkan Dalam Video Ringkas

Diterbitkan pada July 14, 2013 oleh .

Selepas gambar BlackBerry A10 tertiris sebelum ini, kini sebuah video khas diterbitkan di YouTube, memperlihatkan peranti akan datang daripada BlackBerry tidak lama lagi.

Daripada video tersebut, salah satu perkara yang tampak jelas adalah saiz peranti berkenaan – iaitu membawakan skrin bersaiz besar, sekitar 5-inci.

Namun, dari segi spesifikasi, ia dikatakan akan menyertakan cip dwi-teras dan juga paparan resolusi 720×1280 pixel.

Walaupun BlackBerry 10 mampu berfungsi dengan lancar pada pemprosesan tersebut, namun untuk mereka yang mementingkan spesifikasi, mungkin peranti ini kelihatan biasa, apatah lagi dengan paparan pelbagai peranti pada masa kini yang mencapai 1080p.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan telefon pintar berkenaan, dan lihat apakah yang akan dibawakan oleh pihak BlackBerry melalui peranti A10 kelak.


TIPS & ULASAN