Video Peranti Moto X Hadir Memperlihatkan Beberapa Fungsi Yang Akan Disertakan

Video Peranti Moto X Hadir Memperlihatkan Beberapa Fungsi Yang Akan Disertakan

Diterbitkan pada July 14, 2013 oleh .

Telefon pintar Moto X daripada Motorola telah diperkatakan sejak beberapa bulan sebelum ini, dan kini menjadi salah satu telefon yang dinantikan ramai pengemar peranti Android seluruh dunia.

Selain beberapa gambar yang tertiris sebelum ini memperlihatkan Eric Schmidt menggunakannya, kini sebuah video demo fungsi-fungsi baru yang didatangkan bersama-sama peranti tersebut hadir, sekaligus memberikan idea apakah yang akan disertakan bersama dengannya.

Antara fungsi yang diperlihatkan adalah termasuk sokongan Google Now yang aktif dengan hanya menggunakan suara tanpa pengguna menekan sebarang butang, sokongan mengakses kamera dengan mengerakkan peranti mereka, dan juga notifikasi yang diperlihatkan pada skrin dan bukannya dalam bentuk notifikasi LED.

Video tersebut juga mengatakan peranti tersebut akan dipasarkan di Kanada seawal Ogos kelak. Sekiranya benar, maka mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti Moto X ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN