Microsoft Mengemaskini Harga Surface RT – Kini Bermula RM1099

Microsoft Mengemaskini Harga Surface RT – Kini Bermula RM1099

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

Surface RT telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada penghujung April yang lepas pada harga RM1549. Kini, setelah beberapa bulan, mereka mengemaskini harga jualan tablet berasaskan Windows RT tersebut, dimana kini dijual pada harga bermula RM1099.

Surface RT Malaysia

Daripada apa yang disenaraikan pada laman rasmi Surface, harga jualan untuk Surface Pro dan juga aksesori Surface masih kekal sama, dan perubahan hanya pada harga Surface RT sahaja buat masa ini.

Untuk makluman semua, Surface RT dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3, memori sebanyak 2GB RAM, serta dilengkapi dengan skrin 10.6-inci. Dari segi sistem operasi, ia dijana menggunakan Windows RT, yang mana terdapat beberapa kekangan, dan tidak menawarkan fungsi desktop sepenuhnya seperti Windows 8.

Apa pun, bagi mereka yang ingin mendapatkan tablet Surface RT, mungkin kini adalah masanya, dan boleh mendapatkan ia daripada pengedar tempatan – iaitu Thunder Match, Challenger, SNS Network dan juga Harvey Norman.

Walaupun perkara ini mungkin tidak digemari bagi mereka yang telah sedia mendapatkan Surface RT, tetapi, bagi mereka yang baru bercadang, ini adalah salah satu perkara gembira. Pada masa yang sama, ini juga mungkin menandakan yang mana pihak Microsoft akan memperkenalkan kemaskini keluarga Surface mereka tidak lama lagi.

Baca : Ulasan Surface RT


TIPS & ULASAN