Sokongan Facebook Home Dipertontonkan Pada BlackBerry 10.2

Sokongan Facebook Home Dipertontonkan Pada BlackBerry 10.2

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

Menjalankan aplikasi Android pada platform BlackBerry 10 bukanlah sesuatu yang baru, tetapi bagaimana pula dengan launcher? BlackBerry 10.1 sekarang masih disertakan dengan sokongan Android 2.3, tetapi dijangka akan berubah dengan BlackBerry 10.2 kelak.

BlackBerry 10.2 menyertakan sokongan runtime untuk Android 4.2 Jelly Bean, dan kini melalui versi tertiris awal, sokongan menjalankan Facebook Home diperlihatkan.

Daripada apa yang diperlihatkan, Facebook Home berjalan tanpa sebarang masalah, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna turut menjalankan beberapa aplikasi lain, termasuk Candy Crush.

Pihak BlackBerry dijangka akan memperkenalkan BlackBerry 10.2 dalam masa beberapa bulan lagi, dimana selain sokongan runtime Android 4.2.2, ia juga dijangka akan menyertakan pelbagai fungsi menarik bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN