PSA : Yahoo! Akan Padam Semua ID Tidak Aktif Pada Hari Ini

PSA : Yahoo! Akan Padam Semua ID Tidak Aktif Pada Hari Ini

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

Yahoo!Lanjutan daripada pengumuman pada bulan lepas, kini tibanya tarikh 15 Julai, dimana pihak Yahoo! akan mula memadam akan Yahoo! ID yang tidak aktif untuk lebih daripada 12 bulan.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku pada akaun Yahoo! anda, anda hanya perlu untuk log masuk ke akaun anda hari ini, dan memastikannya ia aktif, sekaligus mengelakkan daripada Yahoo! ID anda dipadam oleh pihak Yahoo!.

Yahoo! ingin reset semula akaun Yahoo! yang tidak digunakan oleh seseorang pengguna untuk lebih 12 bulan, sekaligus memberikan peluang untuk pengguna yang inginkan sesuatu ID nama mendapatkannya.

Namun, salah satu persoalan yang timbul adalah berkenaan dengan penggunaan emel, memandangkan walaupun ID yang di reset semula, tetapi alamat emel yang ditujukan daripada seseorang adalah masih sama dan tidak berubah.

Apa pun, untuk mengelakkan sebarang perkara, mungkin anda boleh memastikan ID Yahoo! anda aktif dengan log masuk ke akaun Yahoo! anda hari ini.


TIPS & ULASAN