Aplikasi Alternatif Vine, 6Sec Dilancarkan Untuk Windows Phone

Aplikasi Alternatif Vine, 6Sec Dilancarkan Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

6secSetelah melalui fasa beta sebelum ini, hari ini pembangun aplikasi 6Sec secara rasminya melancarkan aplikasi tersebut kepada para pengguna Windows Phone, sekaligus membolehkan pengguna Windows Phone menggunakannya dalam menggunakan perkhidmatan Vine.

Menggunakan aplikasi 6Sec, pengguna boleh membuat carian menggunakan hashtag, berinteraksi dengan rakan-rakan, melihat saluran yang disediakan, dan sebagainya dengan mudah.

6Sec ditawarkan secara percuma, dimana ia menawarkan memuat-naik video ke Vine sebanyak 2 kali. Dan sekiranya pengguna ingin menggunakannya dengan lebih banyak, maka boleh mendapatkannya dengan membuat in-app purchase pada aplikasi berkenaan.

6Sec

Twitter sebelum ini telah mengatakan Vine akan hadir ke Windows Phone, tetapi tiada tarikh yang diberikan sehingga kini. Bagi mereka yang ingin mencuba Vine pada peranti Windows Phone sebelum itu, mungkin boleh mencubanya melalui aplikasi 6Sec ini.

Muat-Turun 6Sec untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN