Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Cip 14-nm A9 Keluaran Samsung Bermula 2015

Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Cip 14-nm A9 Keluaran Samsung Bermula 2015

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

Selepas Apple ke pihak TSMC untuk kontrak cip 20 nm pada tahun lepas, kini ia dilaporkan gergasi perkomputeran tersebut kembali kepada Samsung untuk cip 14-nm yang akan digunakan bermula 2015 kelak.

Seperti biasa, Apple akan merekabentuk cip pemprosesan mereka, dan mengeluarkannya dalam kuantiti besar melalui pengeluar lain, seperti Samsung dan juga TSMC.

Sebelum ini, Apple telah mengurangkan kebergantungan terhadap Samsung, apatah lagi kedua-dua syarikat tersebut bersaing dalam arena peranti mudah-alih dengan aktif, disamping sering bertemu di mahkamah untuk beberapa kes saman dan sebagainya.

Dengan beralih kepada TSMC sebelum ini, Apple telah dilihat mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Samsung, tetapi kelihatan Samsung masih kekal sebagai pilihan mereka, apatah lagi boleh dikatakan ramai pengeluar komponen masih sukar untuk bersaing dengan kapasiti pengeluaran Samsung pada hari ini.


TIPS & ULASAN