Samsung Evolution Kit Kini Ditawarkan Untuk Pemilik SmartTV 2012 Di Malaysia

Samsung Evolution Kit Kini Ditawarkan Untuk Pemilik SmartTV 2012 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

Sedikit lewat berbanding perancangan awal, kini Samsung Evolution Kit telah pun mula ditawarkan untuk para pengguna Samsung SmartTV 2012 di Malaysia, dimana ia boleh didapati pada harga RM899.

Samsung - Evolution Kit

Untuk makluman, Samsung Evolution Kit merupakan kit khas untuk tambahan kepada SmartTV, membolehkan pengguna menaik-taraf pemprosesan dan perisian yang disertakan pada televisyen pintar yang telah dibeli mereka sebelum ini. Selain itu, kini ia turut menyertakan sokongan untuk lebih 390 command untuk kawalan suara, serta sokongan gesture yang baru.

Samsung - Evolution Kit

Untuk menggunakan Samsung Evolution Kit ini, pengguna perlulah sedia menggunakan siri SmartTV tahun 2012 (Series 7500 dan ke atas), sekaligus membolehkan anda menikmati pelbagai fungsi baru tanpa perlu mengubah kepada SmartTV yang baru.


TIPS & ULASAN