Carian
HTC One Max Dijangka Akan Hadir Sekitar September Kelak
July 15, 2013 Aman

Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa peranti berbentuk phablet dilancarkan, dimana selain daripada Huawei Ascend Mate, Sony juga baru-baru ini telah memperkenalkan Xperia Z Ultra. Terkini, ia dikatakan HTC turut akan hadir dengan phablet mereka – One Max.

Peranti yang dikenali sebagai HTC One Max ini dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga bateri berkapasiti 3200mAh seperti Butterfly S. Disamping itu, seperti kebanyakkan peranti pada hari ini, HTC One Max turut dijangka akan dilengkapi dengan skrin paparan 1080p.

HTC dijangka akan memperkenalkan phablet ini sekitar bulan September kelak, dan sekiranya benar maka kita mungkin akan melihat persaingan antara peranti ini dengan Galaxy Note 3 daripada Samsung yang disasarkan untuk dikeluarkan pada tempoh yang sama.

Komen