Info Baru Berkenaan “Surface Watch” Mula Diketahui

Info Baru Berkenaan “Surface Watch” Mula Diketahui

Diterbitkan pada July 15, 2013 oleh .

GNomio SmartwatchSebelum ini, kita telah sedia mendengar akan mengenai pihak Microsoft yang sedang membangunkan jam tangan pintar mereka. Terkini, beberapa info baru diketahui, memberikan lebih idea berkenaan jam tangan pintar yang kini masih dalam fasa prototaip awal ini.

Daripada laporan terkini, jam tangan pintar yang akan menyertakan skrin bersaiz 1.5-inci ini dijangka akan menyertakan binaan berasaskan Oxynitride Aluminium, serta ketahanan hampir 4 kali ganda berbanding kaca.

Selain itu, ia turut dijangka akan menawarkan wrist band pelbagai warna, termasuk biru, merah, kuning, hitam, dan juga kelabu. Seperti biasa, ia boleh ditanggalkan dan diubah kepada warna pilihan pengguna dengan mudah.

Mengikut laporan yang sama, peranti ini dijangka akan dijana menggunakan sebuah versi Windows 8 yang diubah-suai, serta menyertakan sokongan storan awan.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal prototaip, maka sekiranya pihak Microsoft bercadang untuk melancarkannya, mungkin paling awal kita akan melihatnya adalah sekitar tahun hadapan kelak.


TIPS & ULASAN