Acer Dilaporkan Memfokuskan Sepenuhnya Pada USB 3.0 – Meninggalkan Thunderbolt

Acer Dilaporkan Memfokuskan Sepenuhnya Pada USB 3.0 – Meninggalkan Thunderbolt

Diterbitkan pada July 16, 2013 oleh .

Acer sebelum ini menjadi antara yang terawal menyertakan sokongan Intel Thunderbolt pada komputer mereka, dan kini nampaknya mereka akan meninggalkan ia dan tidak lagi akan menyertakan sokongan Thunderbolt pada komputer baru keluaran Acer.

Thunderbolt

Sebaliknya, pihak Acer akan memfokuskan sepenuhnya pada sokongan USB, yang mana kini digunakan dengan lebih meluas, termasuk bukan sahaja untuk tujuan storan, tetapi untuk pencetak, mahupun digunakan untuk menyambungkan peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan juga tablet.

Thunderbolt sebelum ini telah diperkenalkan oleh Intel dengan sokongan pemindahan data pada kelajuan tinggi. Pada tahun ini, pihak Intel turut mengemaskini tawaran mereka, dengan mengumumkan sokongan Thunderbolt 2 pada Computex 2013 menawarkan pemindahan data sehingga 20Gbps.

Walaupun Acer kelihatan menarik diri, pengeluar komputer yang lain masih menyertakannya, termasuk pihak Apple dengan komputer keluaran mereka. Namun, secara amnya, penggunaan Thunderbolt masih lagi amat sedikit, dan tidak digunakan dengan meluas oleh kebanyakkan pengguna jikalau dibandingkan dengan penggunaan peranti berasaskan sokongan USB.

Jadi, mungkinkah kelak beberapa pengeluar komputer lain akan mengambil-langkah seumpama Acer?


TIPS & ULASAN