Cari @ Amanz

Office 365 merupakan salah satu perkhidmatan daripada Microsoft untuk perisian pejabat mereka yang ditawarkan dalam bentuk langganan bulanan. Menariknya, terkini perkhidmatan Office 365 dikemaskini dengan penambahan tiga bahasa, termasuk salah satunya adalah bahasa Malaysia.

Pengumuman ini hadir daripada pihak Microsoft, dimana pada masa yang sama, mereka turut berkongsi mengenai kebolehan untuk pengguna tempatan membayar perkhidmatan tersebut menggunakan mata wang tempatan.

Office 365 ditawarkan oleh pihak Microsoft pada harga RM24.99 sebulan, membolehkan pengguna menikmati pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya, dimana selain aplikasi Office, ia turut menyertakan beberapa minit panggilan percuma melalui Skype dan juga ruangan storan melalui SkyDrive.

Pada masa yang sama, pihak Microsoft turut memperluaskan penggunaan Office 365 ke beberapa buah negara baru, termasuk salah satunya adalah Brunei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd