Seperti dikongsikan sebelum ini, kini pihak Yahoo! telah memulakan fasa awal dalam reset semula nama pengguna Yahoo! yang tidak aktif, sekaligus menyediakan sebuah halaman wishlist khas untuk membolehkan pengguna mendapatkan ID yang diingini mereka.
Melalui halaman tersebut, pengguna boleh menyenaraikan sehingga lima nama pengguna pilihan mereka, dan seterusnya memasukkan alamat emel Yahoo! yang digunakan. Pihak Yahoo! mengatakan mereka akan menghubungi semula pengguna tersebut pada bulan Ogos kelak dengan pautan mendaftarkan nama pengguna tersebut, sekiranya ia masih tersedia dan boleh didaftarkan.
Perkara ini sekaligus memberikan peluang kepada para pengguna Yahoo! dalam usaha mendapatkan ID yang diminati mereka, apatah lagi pada akaun Yahoo! ramai yang menggunakan ID dengan nama rawak, yang mungkin tampak tidak profesional pada hari ini.
Bagi mereka yang berminat, boleh ke laman Yahoo! Wishlist, dan mendaftarkan minat untuk nama pengguna yang diingini anda.
- Layari : Yahoo! Wishlist